welcome

ADAB BERJUAL BELI

KONSEP
1.Takrif dan Dalil
2.Hukum jual beli dalam islam
3.Adab-adab jual beli
4.Kepentingan beradab ketika berjual beli
5.Sebab-sebab islam menggalakkan jual beli
6.Kedudukkan jual beli sebagai memenuhi fardu kifayah

 TAKRIF DAN DALIL
  1. Dari segi bahasa, jual beli ditakrifkan sebagai menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.
  2. Dari segi istilah pula, jual beli bermaksud akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada     pemilikkan selama-lamanya.

FIRMAN ALLAH SWT:  
Maksudnya "Dan ALLAH menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
(Surah al-Baqarah,2:275)

HUKUM JUAL BELI DALAM ISLAM
WAJIB       : Ketika seseorang memerlukam sesuatu seperti makanan.
HARAM    : Menjual dan membeli barang yang dihalalkan.
SUNAT     : Melebihkan timbangan kepada pembeli bertujuan bersedekah.
HARUS     : Jual beli yang menepati syarat-syarat jual beli.
MAKRUH : Jual beli yang dijalankan sewaktu azan berkumandang.

SEBAB-SEBAB ISLAM MENGGALAKKAN JUAL BELI
  1. Sebagai sumber rezeki yang halal.
  2. Memberi peluang meningkatkan pendapatan.
  3. Memenuhi tuntutan fardu kifayah.
  4. Mengeratkan silaturrahim.
  5. Menjana ekonomi

ADAB-ADAB JUAL BELI
  •  Adab penjual ialah:
  • Memberi layanan mesra kepada palanggan.Firman ALLAH SWT.
          Maksudnya:Daripada JABIR RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:"ALLAH mengasihani lelaki
          yang bertolak ansur ketika menjual, membeli dan menjelaskan hutang.

  • Mengutamakan pelanggan sabda Rasulullah SAW:
         Maksudnya: Daripada Suwaid bin Qais sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Timbanglah dan                  lebihkan."
  • Tidak ada unsur penipuan FIRMAN ALLAH SWT:
         Maksudnya: "kecelakaan yang besar bagi orang yang curang (dalam timbanga dan sukatan).
  •  Sabar dengan kerenah pelanggan.
  • Menggunakan bahasa yang baik dengan pelanggan.
  • Memberi layanan yang sama pada pelanggan.
  • Mengutamakan kebersihan dan keceriaan.
  • Mengutamakan kualiti
  • Meletakkan harga berpatutan.

  • Adab pembeli pula ialah:
  • Mengelakkan daripada menimbul kerenah.Sabda Rasulullah SAW:
          Maksudnya: Daripada Anas RA bahawa nabi MUHAMMAD SAW bersabda:" Mudahkanlah dan jangan menyusahkan....."


KEPENTINGAN BERADAB KETIKA BERJUAL BELI


  • PENJUAL
  1. Disukai dan dihormati orang ramai.
  2. Melariskan jualan.
  3. Premis menjadi tumpuan.
  4. Menaikkan imej penjual.
  • PEMBELI
  1. Mendapat barangan berkualiti.
  2. Mendapat layanan mesra.
  3. Mendapat harga yang berpatutan.
  4. Memperoleh kepuasan berbelanja
  • MANFAAT BERSAMA
  1. Merapatkan silaturrahim sesama kita.
  2. Wujud perasaan reda-meredai.
  3. Mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.
  4. Mengelakkan berlakunya pertelinkahan
KEDUDUKKAN JUAL BELI DALAM MEMENUHI FARDU KIFAYAH
  1. Tidak perlu bergantung kepada negara asing.
  2. Membantu meningkatkan ekonomi negara
  3. Membantu golongan yang tidak bernasi baik.
  4. Menghindarkan masyarakat daripada terlibat dengan transaksi yang meragukan dan bertentangan dalam islam.
  5. Dapat memenuhi keperluan masyarakat.