daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Khattab r.a berkata: Aku mendengar Rasullulah SAW bersabda:
sesunggunya setiap amalan itu bergantung pada niat,dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang di niatkan,
barang siapa hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RASULNYA, maka hijrahnya pada ALLAH dan RASULNYA, Barang siapa hijrahnya kerana DUNIA yang dia mahu mencari habuannya,atau PEREMPUAN yang mahu dikahwininya..maka hijrahnya kearah yang ditujuinya...
hadis ini diriwayatkan oleh 2 orang imam Ahli Hadist: Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah ibn Barzirbah Al- Bukhari dan Abu Al-Hussain Muslim Ibn Al-Hajjaj ibn Al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab paling sahih mereka berdua antaranya (Al-imam Al-bukahri meriwayatkan pada awl kitab sahihnya, juga dalam kitab IMAN dan juga beberapa tempat lain dalm kitabnya yang sahih.
HURAIANNYA
1)Sebab keluarnya Hadist: Kisah hijrah ummu Qais
2)Pentingnya niat. untuk bezakan niat dan adat.
untuk menilai amal kita adakah untuk ALLAH atau sebaliknya.
3)niat baik pada perkara yang harus dikira sebagai QURBAH (dekat diri kepada ALLAH) dan di beri pahala baginya.
4)makan minum: niat kerana nak buat ibadah /memberi nafkah anak2, bergaul laki bini, jima' dikira ibadah (memberi hak)
PENGAJARAN
Niat adalah tunjang utama bagi setiap perbuatan,jika baik amalnnya..maka baiklah perbuatannya. Perkara baik atau buruk jika tidak dilakukan atas landasan syara' maka tidak akn memberikan sebarang faedah bagi kita.jika melakukan perkara yang baik sekalipun tetapi tidak diniatkan kerana ALLAH tetapi kerna riya' menunjuk2 maka amalannya itu tidak memberi sebarang faedah padnya.
Ulama ada berkata: Amalan yang kecil menjadi besar kerana niat dan amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.sesuatu amalan dilakukan berdasarkan niat... (dipetik dari hadist 40)
No comments:
Post a Comment